Tuesday, July 22, 2008

pph disebut di dewan rakyat ...

Subsidi tepung gandum, roti dikekalkan

KUALA LUMPUR 17 Julai - Kerajaan akan terus membiayai subsidi tepung gandum dan roti tidak diperkaya kepada 12 pengilang yang berdaftar di seluruh negara, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Abdul Samad.
Menurut beliau, ia bagi menampung keperluan asas dan permintaan pengusaha industri kecil dan sederhana (IKS) selain membantu golongan berpendapatan rendah.
"Walaupun dunia merasai kenaikan harga gandum tetapi kita tidak mempunyai rancangan untuk menarik balik subsidi bahan makanan itu bagi mengurangkan beban kewangan kepada golongan berpendapatan rendah.
"Kita tetap akan menyalurkan subsidi kepada semua golongan berkenaan yang diberikan melalui pekilang termasuk Gardenia Bakeries Sdn. Bhd., dan Silver Bird Group Berhad," katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang- Undang Perbekalan Tambahan (2008) di peringkat jawatankuasa pada sidang Dewan Rakyat hari ini.
Di bawah rang undang-undang tersebut, Dewan meluluskan tambahan perbelanjaan RM276.9 juta dengan pecahan RM160 juta untuk subsidi tepung gandum, pembiayaan Program Subsidi Roti (RM74.4 juta) dan menampung perbelanjaan operasi sekretariat termasuk pegawai pemantau harga (RM42.5 juta).
Shahrir bagaimanapun memberitahu, kerajaan tidak membiayai subsidi bagi tepung gandum dan roti yang diperkaya dengan pelbagai vitamin melainkan dapat mengawal harganya.

Mengulas mengenai sekretariat Majlis Harga Barang Negara, beliau berkata, kerajaan kini melantik secara kontrak 2,000 siswazah sebagai pegawai pemantau harga.
"Ia bagi membantu melaraskan keseluruhan program dengan tidak mengambil kira lantikan siswazah itu sama ada dari kawasan Parlimen Barisan Nasional (BN) atau sebaliknya," ujarnya

utusan malaysia - 18 julai 2008

No comments: