Tuesday, July 22, 2008

Kenyataan dari Menteri ....


Sekretariat selaras 2,000 pemantau harga ditubuh

JOHOR BAHRU, Sebuah sekretariat diwujudkan di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) bagi menyelaras tugas 2,000 pegawai pemantau harga yang dilantik oleh Majlis Harga Barangan Negara. Menterinya, Datuk Shahrir Abd. Samad berkata, sekretariat tersebut akan diketuai seorang pengarah dan dijangka memulakan tugas mereka pada Jun ini. "Mereka telah menjalani temuduga pengambilan pada bulan lalu setelah jawatan itu diluluskan kerajaan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kempen Derma Darah dan Organ anjuran bersama Kelab Rotary dan Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSMM) di Plaza City Square di sini hari ini.


Menurut beliau, pegawai berkenaan akan bertanggungjawab memantau semua barangan keperluan di seluruh negara termasuk beras bagi memastikan bekalan mencukupi di pasaran. "Walaupun diletakkan di bawah KPDNHEP, tugas dan tanggungjawab mereka berasingan daripada pegawai penguat kuasa sedia ada,'' katanya.- Utusan

............................................................................................................

2,000 pemantau harga akan mula tugas Jun ini


JOHOR BAHRU: Seramai 2,000 orang pegawai pemantau harga akan mula bertugas Jun ini di seluruh negara, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Abdul Samad.Proses pengambilan pegawai pemantau itu dilakukan sejak sebulan lalu dan sedang dalam peringkat temuduga bagi calon-calon yang layak di negeri-negeri."Saya sedang menyusun struktur dan prosedur kerja pegawai pemantau harga ini berkaitan bentuk pemantauan yang dibuat, laporan harga barang dan bagaimana laporan itu akan digunakan kelak," katanya.Shahrir berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan kempen derma darah dan organ manusia anjuran Pertubuhan Bulan Sabit Merah Cabang Johor Baharu dan Rotary Club of Johor Centennial di sini, Ahad.


Pegawai terbabit yang terdiri daripada siswazah akan dilantik secara kontrak selama setahun dan dibayar gaji RM1,500 sebulan.Shahrir berkata jumlah pegawai yang diambil itu bagaimanapun tidak akan mencukupi untuk melakukan pemantauan di semua tempat maka bantuan sukarela orang ramai adalah diperlukan.Sebelum itu dalam ucapan perasmiannya, beliau berkata ukuran kemajuan sesebuah negara bukan dibuat berdasarkan kepada pembangunan fizikal sematamata tetapi corak pemikiran rakyatnya yang tidak tertumpu kepada kepentingan diri - BERNAMA

No comments: