Tuesday, July 22, 2008

pph disebut di dewan rakyat ...

Subsidi tepung gandum, roti dikekalkan

KUALA LUMPUR 17 Julai - Kerajaan akan terus membiayai subsidi tepung gandum dan roti tidak diperkaya kepada 12 pengilang yang berdaftar di seluruh negara, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Abdul Samad.
Menurut beliau, ia bagi menampung keperluan asas dan permintaan pengusaha industri kecil dan sederhana (IKS) selain membantu golongan berpendapatan rendah.
"Walaupun dunia merasai kenaikan harga gandum tetapi kita tidak mempunyai rancangan untuk menarik balik subsidi bahan makanan itu bagi mengurangkan beban kewangan kepada golongan berpendapatan rendah.
"Kita tetap akan menyalurkan subsidi kepada semua golongan berkenaan yang diberikan melalui pekilang termasuk Gardenia Bakeries Sdn. Bhd., dan Silver Bird Group Berhad," katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang- Undang Perbekalan Tambahan (2008) di peringkat jawatankuasa pada sidang Dewan Rakyat hari ini.
Di bawah rang undang-undang tersebut, Dewan meluluskan tambahan perbelanjaan RM276.9 juta dengan pecahan RM160 juta untuk subsidi tepung gandum, pembiayaan Program Subsidi Roti (RM74.4 juta) dan menampung perbelanjaan operasi sekretariat termasuk pegawai pemantau harga (RM42.5 juta).
Shahrir bagaimanapun memberitahu, kerajaan tidak membiayai subsidi bagi tepung gandum dan roti yang diperkaya dengan pelbagai vitamin melainkan dapat mengawal harganya.

Mengulas mengenai sekretariat Majlis Harga Barang Negara, beliau berkata, kerajaan kini melantik secara kontrak 2,000 siswazah sebagai pegawai pemantau harga.
"Ia bagi membantu melaraskan keseluruhan program dengan tidak mengambil kira lantikan siswazah itu sama ada dari kawasan Parlimen Barisan Nasional (BN) atau sebaliknya," ujarnya

utusan malaysia - 18 julai 2008

Kenyataan dari Menteri ....


Sekretariat selaras 2,000 pemantau harga ditubuh

JOHOR BAHRU, Sebuah sekretariat diwujudkan di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) bagi menyelaras tugas 2,000 pegawai pemantau harga yang dilantik oleh Majlis Harga Barangan Negara. Menterinya, Datuk Shahrir Abd. Samad berkata, sekretariat tersebut akan diketuai seorang pengarah dan dijangka memulakan tugas mereka pada Jun ini. "Mereka telah menjalani temuduga pengambilan pada bulan lalu setelah jawatan itu diluluskan kerajaan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kempen Derma Darah dan Organ anjuran bersama Kelab Rotary dan Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSMM) di Plaza City Square di sini hari ini.


Menurut beliau, pegawai berkenaan akan bertanggungjawab memantau semua barangan keperluan di seluruh negara termasuk beras bagi memastikan bekalan mencukupi di pasaran. "Walaupun diletakkan di bawah KPDNHEP, tugas dan tanggungjawab mereka berasingan daripada pegawai penguat kuasa sedia ada,'' katanya.- Utusan

............................................................................................................

2,000 pemantau harga akan mula tugas Jun ini


JOHOR BAHRU: Seramai 2,000 orang pegawai pemantau harga akan mula bertugas Jun ini di seluruh negara, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Abdul Samad.Proses pengambilan pegawai pemantau itu dilakukan sejak sebulan lalu dan sedang dalam peringkat temuduga bagi calon-calon yang layak di negeri-negeri."Saya sedang menyusun struktur dan prosedur kerja pegawai pemantau harga ini berkaitan bentuk pemantauan yang dibuat, laporan harga barang dan bagaimana laporan itu akan digunakan kelak," katanya.Shahrir berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan kempen derma darah dan organ manusia anjuran Pertubuhan Bulan Sabit Merah Cabang Johor Baharu dan Rotary Club of Johor Centennial di sini, Ahad.


Pegawai terbabit yang terdiri daripada siswazah akan dilantik secara kontrak selama setahun dan dibayar gaji RM1,500 sebulan.Shahrir berkata jumlah pegawai yang diambil itu bagaimanapun tidak akan mencukupi untuk melakukan pemantauan di semua tempat maka bantuan sukarela orang ramai adalah diperlukan.Sebelum itu dalam ucapan perasmiannya, beliau berkata ukuran kemajuan sesebuah negara bukan dibuat berdasarkan kepada pembangunan fizikal sematamata tetapi corak pemikiran rakyatnya yang tidak tertumpu kepada kepentingan diri - BERNAMA

Monday, July 21, 2008

buah oh buah ....

17 hb tujuh lepas , pph kuale g bersantai di kebun buah buahan intan kt kg sayong tebing ... dusun die penuh ngan buah-buahan , kire kalau nk ambek harge buah-buahan , g ambek harge kat kebun die je la hehe ......
fynas menunjukkan kepakaran die mengait buah rambutan sambey di usha oleh mizan
fynaz ngan zetty membuat tinjauan di keliling kebun intan ... nk cari kot2 ade pokok anggur katenye hehe
lepas penat ambek buah , intan bermurah hati jemput kami ke rumah untuk minum2....yg kiri tu anak patung sebenarnye yek hahaha
hasil rampasan ke atas rambutan yang xde letak tanda harga ptg tu ....

aktibiti menyejukkan badan di ulu kenas ......

13 julai - selepas berhempas pulas bekerja ( haha ye le tu ) seminggu , ari ahad ni kami g berkelah kt ulu kenas .... semue bawak makanan dan bawak badan masing masing kekeke ...
sesi menyiang ikan untuk di bakor
2 pemude yg berusahe nk idup kan arang ... ops mane leh idup arang weh...idupkan api la......
boss memberi arahan pengagihan tugas hehe....
bergambo sambey menahan kesejukan
mane pulok datangnye kepala org nun , ate badannye takde ... paraLIMPIK nie........

jamuan perpisahan pengarah & timbalan pengarah kpdnhep perak

jamuan perpisahan telah berlangsung di ipoh . seramai 7 org wakil pph kuale telah turut serta pada majlis ini . fauzi , kamarul , mizan , ana , yan , mai ngan shida telah " dipilih " hahahaha

khusyuk melantak makanan yang disediekan
sesi bergambo dengan makanan haha
ini gambo dengan staf lelaki pph ipoh
gambo kenangan bersame tuan pengarah kpdnhep , en ahmad nasir dan timb pengarah , en hamid

tournament bowling inter pph @ jusco

12 julai - lebeh kurang jam 8.45pg ( sembangggggg ) , kami duk berkumpul depan pajabat kpdnhep kuale nk g ipoh. ade tonemen bowling antare pph seluruh negeri perak kat jusco ipoh .... ps - muke2 tensen menunggu member2 yang lain hahaha
check in kt jusco kul 10 pg , terus bergambo haha ..
semue memberikan tumpuan pade game .....
org lain yang main bowling , org lain yg deme tangkap gambo ... hampeh haha
bergambo depan lane bowling .....
wajah2 ' ceria ' pph kuale kangsor
kak siah kusyuk menghirup sziling ......
perbincangan tentang projek baru tengah berlangsung haha ......
sesi bergambo dgn seluruh kerabat pph perak
wakil pph kuale tgh ambek hadiah team paling banyak " berjoget "


bowling @ jusco

10 julai - lepas je abeh waktu kroje , kami laju je ke ipoh . nk main bowling punye pasey .... ate udah hari kameh , baju batik le jawapnye ... sebelum berlepas ke ipoh , sempat lagi posing kt luor opis ........


kami check in kt bowling jusco lebeh kurang kul 5.40 ptg .. time ni le semue nak nunjuk skil2 mase main tuju kasut zaman bebudak dulu ... mcm2 skil yg keluor ... yg pasti , ke longkang jugok arah tujuan nye haha

ps - org lain duk main bowling , boss sempat posing lagi nie haha

fokus fokus ............. ke longkang hahahaha

konon2 star le ni .. star fruit je la wehh...

lepas game , aktibiti yang ditunggu2 ... sappede time........